Thursday, December 25, 2008

he's growing up!

menangis...dan menangis

...dan menangis lagi...rupe2nye...
die nak kene campak ye..alhamdulillah, at least,he's growing up!

start hari sabtu lepas, lepas balik keje dalam pkul 1.30, saya perasan badan haziq dah suam2. start mlam sabtu, badan die mendadak panas. so start malam tu la ummi dan ayahnya tak dapat tido malam.

pagi ahad kami bawa ke klinik. doc ckp die kene demam panas. suhu badannya mencecah 38 celcius. sgt panas! doc bagi ubat punggung dan bekalkan ubat cecair utk dibawa pulang. hari isnin, badannya masih panas dan pagi2 lagi kami da ke klinik supaya ummi dapat MC. sy tak harap nak tinggal kat nursery kalau haziq demam panas. kalu stakat suam2, ok lagi la nk tinggal. so ummi dapat MC sehari dan sememangnya seharian menjaga haziq membuatkan ummi pun macam nk demam. so ummi mintak ayah balik awal. sekurang2nya ade org bole gilir2.

haziq ni bile demam panas, die jadi tak tentu arah. makan da. minum da. mandi da. tapi masih menangs. tu yang ummi penat tu. hari selasa, badan haziq masih panas dan sekali lagi ummi gi klinik utk mintak MC. dapat gak sehari. ayah pun amek cuti. amat merisaukan bile badan anak sangat panas. macam2 bole jadikan. so ummi asyik lap2kan badan die supaya dapat membantu kurangkan suhu badan.

hari rabu, alhamdulillah. nampak sedikit perubahan. badan die da suam2 je. dan ummi pun mule bekerja. tapi balik je keje dan singgah amek haziq, subhanallah! rupe2nye haziq nak kene campak. habis merah2 mukenye. kaki pun da kene sket2. patutla truk demamnye.....rupe2nye haziq nak membesar. kene campak pun tandanya membesar, kan. alhamdulillah. tapi maybe kawan2 boleh bantu cemane ye nak jage baby yang kene campak. atau biarkan aje. stakat ni belum g klinik. sbb die tak demam. tapi ayah die dok risau takut kene chikunguya! so insyaAllah malam ni kami akan ke klinik...

Tuesday, December 16, 2008

haziq kene gigit!



semalam ummi balik kerja dan seperti biasa singgah nursery utk amek budak kecik ni.
dari jauh ummi nampak haziq tersengih2 tapi due2 belah pipi merah menyala. macam kene air panas.soooo terrible!

rupe2nye si akak yang menjaga haziq tu cakap haziq kene gigit dgn kawan die. saya tergamam. marah bercampur sedih dan terkejut!

tibe2 budak yang gigit haziq tu datang dan automatik saya sebagai seorang emak yang baru je anak die kene gigit automatik terus cakap kat budak tuu....nape gigit adik??!!!huhu

budak tu mencicit lari. hihi. tak terniat nak mara budak tu sbb die tetap budak yang belum mumayyiz. tapi ye la kan, naluri seorang ibu kan..

si haziq ni tidur kat atas karpet dan budak ni tibe2 datang dan gigit pipi haziq. due2 belah! dan penjaga nursery tu hanya perasan bile haziq menangis. saya cakap haziq ni jenis lasak dan kalau setakat sakit sikit2 die tak kan menangis..saya macam tergamam. cakap ok dan balik!!! .

so pagi ni bile saya hantar haziq ke nursery, saya cakap kat akak tu..

kak, nanti kalau haziq tdo bawah atau anak2 lain tdo bawah, kene tengok2la jugak sbb yang tak tidonye ramai lagi. bile sebelah pipi kene gigt maybe saya bole cakap akak tak perasan tapi bile due2 belah saya tak tahu nak cakap dan sebagai seorang mak, saya memang sedih. saya harap bende ni tak kan berulang lagi. akak tu senyap je dan minta maaf.

huh. moral of the story is lepas tinggal anak kat orang, doala banyak2 moga Allah pelihara.