Monday, March 4, 2013

jatuh di tadika

Alkisahnya tanggal 30 Februari opsss 28 Februari yang lepas, ummi dapat panggilan dari Teacher Iman, pengetua tadika haziq. Setiap kali dapat panggilan dari tadika/taska mesti ummi akan rasa berdebar. Tapi setakat ini paling teruk pun teacher akan beritahu anak ummi demam.

Tapi kali ni lain sebab awal2 lagi teacher iman minta maaf.
teacher: sorrylah farhana. haziq ni ni dia main tolak2 kat sekolah.
ummi: darah ke?
teacher: aah darah tapi dia tak nangis. ni kat kilnik tengah nak jahit luka dia. tak tahulah nangis ke tak
ummi: erkkkk.jahit?kat klinik mane ni? jangan jahit dlu. tunggu sy datang

disebabkan ni kira first time la pengalaman ummi macam ni. maka tersangatlah panik. huhu. sampai2 je kat klinik, haziq tengah meniarap tunggu untuk dijahit kat belakang kepala dia. soalan pertama yang ummi tanya ialah berapa jahitan. doc kate satu je. okeh fine. terus lega dan kate jahitlah. haha

alhamdulillah. anak ummi kuat. x nangis pun. die cakap sakit time kene bius je. time jahit die dah tak rase apa2. hari tu ummi amek half day. terus amek adik nawfal dan bawak semua balik rumah...sampai2 je rumah tengok ayah pun dah ada kat rumah. alhamdulillah, ayah sangat memahami dan caring. Semoga Allah pelihara kita semua dari malapetaka dan bahaya. ameen